Friday, 8 July 2011

Karnival Gempak Kem Syruz 2011!

Hello Semua!

Firstly kami nak thank you semua yg datang menggempakkan Karnival pertama kita Sabtu lepas.  Selalunya Open Day Kem Syruz cuma secara puratanya menerima kunjungan seramai 500-1,000 orang, tapi kali ni mencatat rekod baru seramai hampir 5,000 orang!  Thank you Thank you!

Yang paling menarik minat hari tu adalah kehadiran Kumpulan Balas Maharaja Lawak yang mengacarakan Karnival dari pagi hingga ke petang.  Yang kita tak plan ni adalah kehadiran mengejut 2 lagi orang kuat Maharaja Lawak iaitu Idlan (Kumpulan Wai) dan Caca (Host Apa Cerita Maharaja Lawak) yg datang membuat fire-sale t-shirts Maharaja Lawak sampai habis!  

Dari segi persembahan di Pentas Utama, macam-macam gimmicks yg dibuat oleh Pelatih-Pelatih PLKN dan Jurulatih kami, tapi yg paling special ialah Persembahan Patriotik oleh Pelatih-Pelatih yg menggambarkan pengorbanan perajurit-perajurit negara menentang Jepun demi mempertahankan negara.  Punyalah sedih sampai CEO Syruz Group sebak dada you...Persembahan yang paling Best adalah persembahan Hantu Mania dimana satu Dewan Utama dipenuhi hantu-hantu sehinggakan pelatih-pelatih perempuan kecut perut!  Hantu-hantu ini adalah Jurulatih-Jurulatih dan Pengurusan JLKN di Kem yg (tidak disangka) diketuai oleh Komandan Kem yg menjadi hantu yg paling mengerikan dan brutal!

Karnival juga disemarakkan denngan booth-booth jualan kami yg memasarkan produk-produk baru Syruz Brands seperti Seri Malaya Catering & Weddings, Bugsoff! dan Agrinas.  Yg paling laris hari tu adalah booth Agrinas kami yg memasarkan bahan-bahan makanan harian segar seperti Ayam dan Sayuran.  Yg special di booth Agrinas hari tu adalah pengenalan 2 produk barunya iaitu Tepung Udang Tempura & Chicken Nuggets in Cup!  Sedap wooo!  Utk perhatian semua Kedai Halal Agrinas dibuka setiap hari utk orang awam di sebelah Kem Syruz.  Utk keterangan lanjut sila hubungi Saiful di 017 760 3080, harga kami adalah termurah di Malaysia!

Ok sampai sini dulu buat kali ini, check out gambar-gambar Karnival yg memang gempak nih!  See Yaw!




sketsa

our big day. :)

tu dia hantu hantu nya. haha

antara xtvt yang paling mendapat perhatian.

semestinya kedai termurah dalam malaysia, agrinas. :)


seri malaya. siapa nk berkahwin, hah sila call.

ini pula booth untuk bugsoff.



kumpulan balas pun pakai bugsoff. you all? :P


btw, kami masih menantikan anda untuk menjadi dealer kami tidak kira lah di penang, kl, jb, atau di mana mana sahaja. 1 MALAYSIA. :)

No comments:

Post a Comment